Buku sirah ArRaheeq AlMakhtum (terjemahan oleh Ustaz Mohd Darus Senawi) ini telah ditulis semula oleh beberapa orang diketuai oleh Dr Kamaru Salam Yusof dan beberapa ahli yang terlibat iaitu Ikhwah Mesir, akhawat Jakarta, Ikhwah Jordan, Akhawat Leeds (UK) dan Ikhwah Manchester (UK) sekitar tahun 2008-2010. Projek ini dikenali sebagai, Projek Pemurnian Semula Buku Sirah Raheeq Makhtum. Mereka ini telah berusaha menghimpun dan mengolah buku ini agar lebih mudah difahami pembaca terutamanya golongan muda.

Buku seerah Nabi Muhammad SAW ini telah mendapat tempat pertama dalam Sayembara Seerah Nabi SAW yang dianjurkan oleh Rabitah Alam Islam, Arab Saudi. Ia dipilih dari 170 buah yang dipertandingkan (84 Arab, 64 Bahasa Urdu, 21 Bahasa Inggeris, 1 bahasa Perancis dan satu bahasa Hausa).Buku seerah terhebat ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Kajian seerah adalah hampir menjadi satu syarat untuk seorang muslim memahami al-Quran. Ini kerana Al-Quran turun kepada Nabi Muhammad SAW dalam jarakmasa 23 tahun yang melalui pelbagai rencam hidup. Pelbagai rencam inilah yang diubati oleh Al-Quran dalam perbagai bentuk ayatnya.

Kita tidak mungkin menghargai lelaki ini tanpa mengetahui seerahnya SAW. Perjuangannya adalah hidup. Tetapi hidupnya tidak akan menjadikan kita berjuang tanpa kita mengenalinya.

×
WhatsApp