Kemenangan Taliban hasil perjuangan berdasarkan akidah yang kuat dan disiplin yang tinggi, dengan erti anggotanya yang punyai akidah pegangan dan thiqah dengan Allah SWT dan terdisiplin dengan disiplin Islam seperti yang pernah ditunjukkan oleh para sahabat di zaman Rasulullah SAW dan selepasnya.
Saat aku menterjemah kisah ini, hatiku pun turut berdebar-debar juga terhadap keselamatan wira Mullah Umar, kerana pergerakan tentera Amerika sangat dekat dengan mereka terasa seolah-olah askar Amerika boleh menghidu tempat persembunyian Mullah Umar dan pengiringnya.
Satu pengamatan terhadap pengajian ilmu dan syariat Islam kumpulan Taliban, tidak dijadikan satu pengajian mereka itu berwatak tradisional dengan erti ilmu itu sebagai maklumat atau data-data yang disimpan dalam dada, yang sekan-akan hampir dengan pengajian Islam oleh kaum Orientalis. Tidak, akan tetapi kumpulan Taliban mengambil pengajian Islam sebagai satu kaedah yang mesti diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Islam itu sentiasa mengatasi dan tidak diatasi | الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
Perjuangan Taliban lahir dari rahim pengajian tradisional Islam, bukan dari sistem ciptaan Barat, berpakaian kot dan tali leher. Orang Islam yang terpengaruh dengan pemikiran Barat berasa gusar kononnya Taliban tidak membuka jalan pengajian dan ilmu untuk kaum wanita, tetapi kita tidak gusar dengan sistem Amerika dan Barat yang memberi ruang pengajian kepada kaum wanita kemudian mengeksploitasikan mereka bagi memuaskan hawa nafsu mereka.